Pada hari 5/5/2018, karnival diteruskan dengan acara yang berlainan. Acara yang pertama juga ialah acara
senam seni. Pada pukul
0800, kita membuat senam seni lagi yang sama dengan semalam. Kita menari sambil
menyihatkan badan kita. Kami bersenam di bawah khemah disebabkan cuaca yang
panas.
Acara diteruskan dengan acara
pitching kebudayaan oleh ikon kebudayaan. Pada pukul
1000am, kita duduk di tengah khemah dengan menbuat bulatan untuk memulakan
pitching. Setiap wakil citra seni perlu berkongsi pengalaman dan pendapat
mereka dalam citra yang diambil. Acara ini dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperkuatkan kemahiran komunikasi
dalam umum.
Acara yang saya terlibat terbanyak dalam malam ini adalah Acara Malam Gala Citra
Seni. Pelajar yang mengambil citra
seni tari rakyat cina dihendaki melibat dalam persembahan tarian rakyat cina.
Saya telah melibat dalam persembahan ini tersebut. Sebelum ini, kita telah
berkumpul beberapa kali bersama-sama untuk berlatih persembahan ini. Pada hari
itu, kita berlatih beberapa kali lagi di panggung seni pada pukul 1030. Alat
yang digunakan adalah tanglung cina yang merah. Selepas itu, kita berehat
sampai pukul 2 pm. Pada pukul 2 pm, kita berkumpul pada studio untuk membuat
penyediaan make-up dan pemilihan baju persembahan. Kami mengikat rambut dengan
kemas dan memakai baju persembahan yang disediakan. Selepas persembahan, kami
mengambil gambar kumpulan untuk menangkap kekangan dengan ahli-ahli lain.
No comments:
Post a Comment