Dalam semester kedua ini, saya telah mengambil citra seni tari rakyat
cina asas II. Aktiviti ini telah diadakan pada 4 dan 5 Mei
2018 di luar panggung seni. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk memperkenalkan pelbagai jenis citra seni yang ditawarkan oleh pusat kebudayaan. Pada hari 4 Mei 2018, banyak acara telah dijalankan. Acara pertama pada hari itu ialah acara senam seni.
Pada pukul
0745 pagi, kita berkumpul di panggung seni untuk bersedia. Pada pukul 0800, kita
bermula dengan senam seni, acara ini disediakan untuk bersenam badan kita. Selepas
30 minit, acara senam seni pula bertamat.
Pada malam ini, acara Malam
Ambang Citra Seni 2018 diadakan. Acara ini
telah menyediakan pelbagai persembahan yang menarik pada pukul 830 pm sehingga
1100pm. Persembahan telah disediakan adalah seperti silat gayung MAS, silat
cekak MAS, gendang silat dan sebagainya. Persembahan tersebut telah mendapat
tepukan yang gemuruh.
No comments:
Post a Comment