Welcome to my blogger! Nice to meet you. You can know me more at here. Have a nice day.

Wednesday, 28 March 2018

Throw Back - Youth Entrepreneur Carnival

Saya telah terlibat dalam youth entrepreneur carnival pada 7 dan 8 hari bulan Oktober 2017. Pihak citra perniagaan online telah mengadakan carnival tersebut selama 2 hari. Kak Nurul Asmaa merupakan pemimpin untuk memimpin aktiviti tersebut. Ahli-ahli perniagaan online pula menjadi AJK carnival tersebut. Mereka saling memberi bantuan kepada orang lain. Tujuan aktiviti youth entrepreneur carnival ini diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang beberapa bidang berkaitan dengan keusahawanan dan melatih penyerta supaya menjadi usahawan yang berjaya.

Pada hari pertama, semua ahli terkumpul di bilik konvesyen pada pukul 0800 pagi, Selepas pendaftaran, aktiviti juga dimulakan dengan satu persembahan yang menarik diikuti oleh majlis pembukaan. Selepas ini, majlis telah mangadakan taklimat pentadbiran dan sesi pengenalan. Majlis telah menjemput dua usahawan yang berjaya untuk berkongsi pengalaman sendiri yang berharga untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Majlis juga menyediakan sesi persoalan untuk menyelesaikan keraguan ahli-ahli. Ahli yang bertanya soalan juga mendapat hadiah daripada tetamu.

Seterusnya, ahli-ahli pula bermula bengkel-bengkel tersebut. Saya memilih bengkel keusahawanan food truck. Saya mendapat sebuah nota yang lengkap. Bengkel ini telah menjemput dua Pengajar untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tentang food truck terhadap kita.Bengkel ini telah dibahagikan kepada lapan sesi. Setiap sesi telah menyampaikan matlamatnya. Dalam sesi-sesi tersebut, mereka telah menjelaskan sebarang maklumat yang berkaitan dengan food truck. Pada sesi pertama, beliau telah mengenalkan industri perniagaan food truck. Beliau juga menerangkan sejarah perniagaan bergerak. Perkembangan dan senario perniagaan food truck juga dibincangkan dalam bengkel ini. Selain itu, beliau juga menjelaskan konsep-konsep dan reka benruk food truck. Beliau telah menunjukkan gambar yang berkaitan dengan rekabentuk food truck. Tambahan pula, beliau juga menjelaskan tentang halatuju perniagaan food truck. Program-program pembangunan usahawan food truck telah dianjurkan seperti program 1 Malaysia mobile.

Pada sesi kedua, pengajar menjelaskan panduan perancangan perniagaan food truck. Beliau menjelaskan perancangan daripada aspek persiapan diri, rancangan perniagaan dan modal. Beliau memberitahu bahawa usahawan muda yang berjaya perlu membuat rancangan sebelum memulakan sesuatu perniagaan supaya mengurangkan kemungkinan kegagalan. Untuk sesi ketiga, pada mulanya kita hendaklah menjalankan praktikal pertama di food truck iaitu persediaan operasi perniagaan food truck, tetapi tib-tiba hujan hebat. Oleh itu, sesi ini terpaksa dibatalkan dan berjalan pada hari yang akan datang. Ahli-ahli juga menggunakan kupon untuk membeli makanan yang dijual di food truck.

Selepas ini, kita membentuk kumpulan masing-masing dan dibahagikan kepada setiap food truck. Saya dan ahli kumpulan saya, Irwan dan Aina telah dibahagikan kepada food truck pertama iaitu Nafail Fried Chicken. Kita memberi bantuan kepada pemilik Nafail Fried Chicker. Aina menolong menyediakan makanan di dalam kenderaan manakala saya dan Irwan menjadi promoter di luar kenderaan. Kita memperkenalkan menu yang disediakan kepada pelanggan. Kita juga menerima tempahan makanan daripada pelanggan. Setelah satu jam yang lepas, kita mengucapkan terima kasih kepada pemilik food truck. Dia juga belanja kita makan fried chicken dan lain-lain lagi.



Satu-satunya ahli kumpulan yang berjantina lelaki saya.

food truck yang saya mengawasi

Kita mengambil gambar dengan food truck kita.

Kita mendapat tempat pertama dengan kerjasama food truck kita.


No comments:

Post a Comment